Sunday, April 24, 2011

Suram Dalam Gemerlapan

Pesta hiburan nian ligat berputar menarik sokongan
riuh sorakan melampaui garisan sempadan keturunan
pelbagai gelagat mudaan curi tumpuan generasi jalanan
sedang pesta buku rangkaknya perlahan tidak dipedulikan
medan ilmu bertukar harapan menjadi mangsa kesan rasukan
misi hiburan terus menjajah siang malam membunuh harapan
masalah sosial makin terhumban dibalik tirai perjuangan
generasi ilmuan terus suram dalam pancaran neon gemerlapan

No comments:

Post a Comment