Thursday, April 7, 2011

Disebalik Banjir Melanda

Banjir yang melanda
banyak menginsafkan kita
air yang ngalir semasa
membersih kotoran muka
melebur dosa manusia
supaya tidak haloba
bersyukur apa yang ada
tidak ghairah mencerca

hayutkan adu domba
cerai-beraikan haloba
bersaing merebut kuasa
hingga melalaikan manusia

Banjir yang tiba rupanya
dapat menyedarkan semua
untuk sentiasa bekerjasama
demi menyelamat dan membina
kehidupan yang lebih selesa
melalui bantuan segera

No comments:

Post a Comment