Sunday, April 17, 2011

Naluri Kita

Berita yang baru diterima
riak peroman tua memaut jiwa
pancaran mata menjadi petanda
belahan dada untaian makna
menadah gembira dalam teruja
hajat dipenuh matlamat dijaya
menolak kerana dibalut kecewa
tidak menepati apa dijangka
walaupun isi dan bukti nyata
diperkukuh hujahan fakta
rupanya naluri bercabang dua
menerima untuk menolaknya sekata

No comments:

Post a Comment