Ku pujuk hati agar tidak ambil peduli
tohmahan bertubi menyerang membutatuli
pedihnya amat dirasai sukar jua berkongsi
ku pendam seksa peri dalam putaran hari
bisa ku pohon diri menjadi sekental besi
agar armada hati mampu belayar dilautan api
Wednesday, April 27, 2011
Tuesday, April 26, 2011
Mekar dalam Roh Bangsa (Buat Ayahanda Dr. Mahathir)
Tuturnya bisa menawan sesiapa
penuh ilusi harmonika sentuhan jiwa
tulisannya menjana ranumkan idea
akalnya tajam menembusi kaca minda
mengukir negara dalam acuan sketsa
kasihnya berbingkai dalam mata
mesra membingkis untaian kata
ikhlasnya dalam belahan dada
ingatannya tidak pernah cedera
kehebatannya diperjalanan usia
kekuatannya dalam roh bangsa
namanya harum mewangikan dunia
penuh ilusi harmonika sentuhan jiwa
tulisannya menjana ranumkan idea
akalnya tajam menembusi kaca minda
mengukir negara dalam acuan sketsa
kasihnya berbingkai dalam mata
mesra membingkis untaian kata
ikhlasnya dalam belahan dada
ingatannya tidak pernah cedera
kehebatannya diperjalanan usia
kekuatannya dalam roh bangsa
namanya harum mewangikan dunia
Sunday, April 24, 2011
Mengesahkan Kebenaran
Aku sempat membuat catatan
hal penting tentang kehidupan
nilai moral yang terhumban
bahasa ringkas mengesankan
untuk rujukan dan tindakan
namun tidak dapat diuruskan
kurang saksi yang diperlukan
bagi mengesahkan kebenaran
dari catatan sebuah perakuan
yang memungkinkan aku ditahan
hal penting tentang kehidupan
nilai moral yang terhumban
bahasa ringkas mengesankan
untuk rujukan dan tindakan
namun tidak dapat diuruskan
kurang saksi yang diperlukan
bagi mengesahkan kebenaran
dari catatan sebuah perakuan
yang memungkinkan aku ditahan
Suram Dalam Gemerlapan
Pesta hiburan nian ligat berputar menarik sokongan
riuh sorakan melampaui garisan sempadan keturunan
pelbagai gelagat mudaan curi tumpuan generasi jalanan
sedang pesta buku rangkaknya perlahan tidak dipedulikan
medan ilmu bertukar harapan menjadi mangsa kesan rasukan
misi hiburan terus menjajah siang malam membunuh harapan
masalah sosial makin terhumban dibalik tirai perjuangan
generasi ilmuan terus suram dalam pancaran neon gemerlapan

Wednesday, April 20, 2011
Betapa Kasihkan Bangsa
Ingatan Orang Tua-Tua :
Usah diperdagangkan maruah bangsa
kelak merana dipenghujung masa
Akan tiba suatu ketika
bangsa dilupa malah teraniaya
Melayu itu berpecah-pecah
retak melebar menunggu musnah
Hilang pedoman hilang panduan
lawan disangka kawan seperjuangan
Musuh menyerang bangsa sendiri
sedang bangsaku tumpang sekaki
Apabila Melayu mulai sedar
dikutuk bagai kurang ajar
Ingat pesanan hulubalang Hang Tuah
moga Melayu tidakkan pasrah
Jangan Melayu menjadi sejarah
bangkitnya sukar selepas alah
Usah diperdagangkan maruah bangsa
kelak merana dipenghujung masa
Akan tiba suatu ketika
bangsa dilupa malah teraniaya
Melayu itu berpecah-pecah
retak melebar menunggu musnah
Hilang pedoman hilang panduan
lawan disangka kawan seperjuangan
Musuh menyerang bangsa sendiri
sedang bangsaku tumpang sekaki
Apabila Melayu mulai sedar
dikutuk bagai kurang ajar
Ingat pesanan hulubalang Hang Tuah
moga Melayu tidakkan pasrah
Jangan Melayu menjadi sejarah
bangkitnya sukar selepas alah
Sunday, April 17, 2011
Naluri Kita
Berita yang baru diterima
riak peroman tua memaut jiwa
pancaran mata menjadi petanda
belahan dada untaian makna
menadah gembira dalam teruja
hajat dipenuh matlamat dijaya
menolak kerana dibalut kecewa
tidak menepati apa dijangka
walaupun isi dan bukti nyata
diperkukuh hujahan fakta
rupanya naluri bercabang dua
menerima untuk menolaknya sekata
riak peroman tua memaut jiwa
pancaran mata menjadi petanda
belahan dada untaian makna
menadah gembira dalam teruja
hajat dipenuh matlamat dijaya
menolak kerana dibalut kecewa
tidak menepati apa dijangka
walaupun isi dan bukti nyata
diperkukuh hujahan fakta
rupanya naluri bercabang dua
menerima untuk menolaknya sekata
Wednesday, April 13, 2011
Catatan Dinihari
Sesekali menaiki keretapi
terasa sepi terasa mimpi
penumpang lali berdiam diri
merenung jauh sebuah elegi
sukarnya diri berkomunikasi
menghidupkan suasana sunyi
cuma bertemankan bunyi
muntahan keretapi sesekali
menghidupkan sebuah memori
dalam catatan dinihari
terasa sepi terasa mimpi
penumpang lali berdiam diri
merenung jauh sebuah elegi
sukarnya diri berkomunikasi
menghidupkan suasana sunyi
cuma bertemankan bunyi
muntahan keretapi sesekali
menghidupkan sebuah memori
dalam catatan dinihari
Friday, April 8, 2011
Ijtihad Yang Disalahtafsirkan
Susahnya menyakinkan manusia
apabila berpegang kepada bara
api menyala disangka cahaya
dipegang kemas sukar dilepaskan
sedang kebenaran atasi kebatilan
kebatilan tetap dianggap jalan
masing-masing membuat tafsiran
hingga menjadi ijtihad sendirian
apabila berpegang kepada bara
api menyala disangka cahaya
dipegang kemas sukar dilepaskan
sedang kebenaran atasi kebatilan
kebatilan tetap dianggap jalan
masing-masing membuat tafsiran
hingga menjadi ijtihad sendirian
Antara Benar dan Dusta
Rakyat mula teraba-raba
dalam mencari isi fakta
antara benar dan dusta
sukar menentukan semua
dek kematian ilmu agama
nafsu menguasai minda
meneka dalam samar senja
tidak dapat dibeza jua
antara lotong dan kera
antara itik dan angsa
antara suasa dan tembaga
antara jenaka dan fatwa
antara parti dan agama
semuanya tanpak serupa
sedang jauh beza antara
kecuali yang rosak minda
dalam mencari isi fakta
antara benar dan dusta
sukar menentukan semua
dek kematian ilmu agama
nafsu menguasai minda
meneka dalam samar senja
tidak dapat dibeza jua
antara lotong dan kera
antara itik dan angsa
antara suasa dan tembaga
antara jenaka dan fatwa
antara parti dan agama
semuanya tanpak serupa
sedang jauh beza antara
kecuali yang rosak minda
Thursday, April 7, 2011
Disebalik Banjir Melanda
Banjir yang melanda
banyak menginsafkan kita
air yang ngalir semasa
membersih kotoran muka
melebur dosa manusia
supaya tidak haloba
bersyukur apa yang ada
tidak ghairah mencerca
hayutkan adu domba
cerai-beraikan haloba
bersaing merebut kuasa
hingga melalaikan manusia
Banjir yang tiba rupanya
dapat menyedarkan semua
untuk sentiasa bekerjasama
demi menyelamat dan membina
kehidupan yang lebih selesa
melalui bantuan segera
banyak menginsafkan kita
air yang ngalir semasa
membersih kotoran muka
melebur dosa manusia
supaya tidak haloba
bersyukur apa yang ada
tidak ghairah mencerca
hayutkan adu domba
cerai-beraikan haloba
bersaing merebut kuasa
hingga melalaikan manusia
Banjir yang tiba rupanya
dapat menyedarkan semua
untuk sentiasa bekerjasama
demi menyelamat dan membina
kehidupan yang lebih selesa
melalui bantuan segera
Tuesday, April 5, 2011
Cerita Kuching Dengan Memerang
Sukar percaya pabila kucing bertukar gaya
konon baik lakunya berubah tetiba menjadi singa
murkanya tiada terkira setelah rahsia dibuka
kucing raut mukanya tanpak berahsia segala-gala
dibaham daging bersahaja tatkala ikan dipinta
mengaku bukan amalannya sama apa yang dipercaya
dipersalah memerang yang dikatanya bisa bermuka-muka
sedang kucing itu nafsu seliranya amat luar biasa
tidak mudah untuk dipercayai kalau kita bercerita
auranya mampu mempengaruhi binatang seluruh desa

Monday, April 4, 2011
Ghulaw Yang Menguasai Hati
Taksub itu adalah ghulaw yang menguasai hati
tidak makan pujukan pasti walapun diberi bukti
sukar tercabut dari diri walau diperjelas bertubi
terus mencaci dan menyerang pihak pemberi bukti
kebenaran dibasmi disebalik riak pesemis diyakini
hujah dan bukti dihanyuti sedang emosi menguasai
kebenaran terbukti namun kepalsuan tetap dinanti
semangat ketaksuban kuasai diri kekalnya sampai mati

Saturday, April 2, 2011
Memburu Tranformasi Baru
Melihat cerun hutan lalu yang curam membisu
alur sungai lesu yang panjang berliku malu
dan ketulan batu rencam tajam yang terlalu
banir licinnya ngilu dikeliling sembilu talu
usah biarkan haru dek terlalu jemu menunggu
bergayutan pada cabaran waktu yang meluru kelu
kita masih berpeluang memburu tranformasi baru
dalam langkahan padu walau berbatu-batu diganggu

Subscribe to:
Posts (Atom)