Wednesday, April 20, 2011

Betapa Kasihkan Bangsa

Ingatan Orang Tua-Tua :

Usah diperdagangkan maruah bangsa
kelak merana dipenghujung masa

Akan tiba suatu ketika
bangsa dilupa malah teraniaya

Melayu itu berpecah-pecah
retak melebar menunggu musnah

Hilang pedoman hilang panduan
lawan disangka kawan seperjuangan

Musuh menyerang bangsa sendiri
sedang bangsaku tumpang sekaki

Apabila Melayu mulai sedar
dikutuk bagai kurang ajar

Ingat pesanan hulubalang Hang Tuah
moga Melayu tidakkan pasrah

Jangan Melayu menjadi sejarah
bangkitnya sukar selepas alah

No comments:

Post a Comment