Monday, May 16, 2011

Diburu Waktu (Untuk Isteri Ku)

Keletihan bersimpuh dimata mu
seharian berpenat peduli lesu
malam rehat mu terus diburu
melihat tidur anakku terganggu
mampu menguliknya dalam menunggu
lelap anakku tidak diganggu waktu
kau pamer kasihmu damba seorang ibu
berlarutan mencengkam aku dalam kelu
aku cuma mampu mengetuk pintu kalbu
malu kerana layak menjadi tunggul kayu
membiarkan kepenatan mu tanpa membantu
rupanya aku menjadi penzalim yang termangu

No comments:

Post a Comment