Thursday, September 8, 2011

Bukan Sekadar Menjamah Hidangan

Bukan sekadar menjamah hidangan
tapi juga menjamah kenangan
membilang kesilapan dalam ingatan
seperti menghitung kuih di pinggan
menyuapnya ke mulut perlahan-lahan
mengunyah sambil menelan kesilapan
tangan gelisah dalam keseronokan
memohon keampunan dalam keberkatan

Bukan sekadar menjamah hidangan
rupanya kuih simbol ikatan
setiap kali menyambut perayaan

No comments:

Post a Comment